Blogger Templates

sayang_pink143@yahoo.com

sayang_pink143@yahoo.com

Thursday, August 18, 2011

kezaliman dimasa silam

askom


pertama sekali selamat berbuka pose pada kamu semua



hari ini pink ingin berkongsi pengalaman pink
ini adalah citer sebenar pink dimasa lalu...
sewaktu pink menaip kisah ini pink mula rasa benci pada diri pink....



dulu pink pernah bertunang seawal umur 19thun...
percaya x?
kan pink dh ckp ini kisah betol
yg mengenali pink pasti taw pink pernah bertunang pasa usia yang amat muda
maklumlah ikutkan hati sangat
x pikir panjang...
tempoh pertunangan pun x lama hanya beberapa bulan sahaja mampu bertahan.....



pink kenal ngan bekas tunang pink melalui chant yahoo taw dikenali dengan ym

kami kenal x lama hanya 2 bulan sahaja tempoh perkenalan kami
mas 2 pink x lah berimej mcm nie
dulu pink seksi dan agak liar juga... balik suka jauh malam
namun x pernah x balik umah...


selepas pink kenal dengan dia dan kami bertunang tanpa memeriksa asal usul... dan pekerjaan dia....
apa yg dia ckp kat pink dia kerja DJ club di kl namun pink x pernah ambil tahu itu betol ataw tidak...

bila pink kenal kan dia ngan family... hubungan kami dapat tentangan hebat dr family pink.. terutama abah...
abah memang memilih calon menantu untuk masa depan pink sendiri....
dia dpt rasa yang lelaki pink bawa itu x bekerja dan hanya menghabiskan hidup perempuan dan x pandai hormat pada org tua....
mak pun tidak menyetujui hubungan kami....


namun jiwa muda pink memberontak.. pink tetap nak dia...
akhirnya x lama kami berkawan kami bertunang dengan secara mengejut....
semua rakan2 sanak saudara jiran sebelah menyebelah amat tidak percaya
akan pertunangan kami....
abah dah warninang kalau betol pink suka kan dia
abah x akan bertanggungjawab atas apa2 pun kekecewaan yg bakal pink tanggung...

setelah seminggu bertunang abah x baik dengan pink
buat pink mcm x wujud....
dan selepas bertunang beberapa minggu barulah pink dapat hidu
yg jangkaan abah benar.. dia x bekerja....
kerana asyik minta wet pink jerk....

pink yg agak bodoh nie bagilah pada dia kerana yakin dia akan berubah
bila abah dapat tahu yg pink ada bagi dia duit...
abah memarahi pink dan kami bertengkar hebat pada hari itu..
dan pink betekad lari ke kl bersama tunang pink


masa abah pergi jemput mak balik kerja pada pukol 10.45pm pink pun keluar
berjumpa ditempat yg dijanjikan dengan tunang
pink x rasa sedih meninggalkan family....
bagi pink mereka x paham kehendak pink...


apa pun kami hanya sempet membeli tiket bas pergi ke kl..
dan bas x jalan2 rupanya abah dh siap sedia memohon
drive bas menangguhkan perjalanan dahulu...
setelah puas abah mencari baru lah abah dapat jumpa pink didalam bas kl
padahal ramai family pink kat kl bodoh kan pink?


setelah abah jumpa kami... abah pukol teruk tunang pink
dikhalayak ramai... pink hanya memerhati...
x lama mak smpai lalu menampar pink... smbil menangis
"kau nak jadi apa? perempuan jalang? kau x pikir kan family kau yg sayang kau...
kerana seorang lelaki kau sanggup tinggalkan family..
kau ingat lelaki nie akan jaga kau smpai akhir hayat kau?"
dimasa 2 baru lah pink sedar pink dh buat silap
namun kemarahan pada abah tetap ada....


x lama kami dibawa kebalai lalu disoal siasat....
pink masih x berbual dengan abah....
pak cik pink iaitu adik abah yg no 3 datang untuk memebantu
dia banyak memberi nasihat pada pink....


mlm itu pkol 3 pagi pink dibawa kerumah...
dan bekas tunang pink entah kemana...
dirumah abah menasihati pink lagi mak menangis sekuatnya sambil memeluk pink
dia x sangka yg pink nak tinggal kan dia
padahal pink lah anak kesayangan yg memahami dia... yg banyak membantu dia


setelah pertiwa malam itu kmi x putus lgi
kami masih jumpa dlm senyap namun setelah dia ada perempuan lain
barulah pink sedar yang dia memang x guna seperti abah katakan dahulu


x lama dalam tempoh beberapa bulan family dia tel nak taw kedudukan hubungan kami
mak dia ckp pasal pink mcm2 kat abah
abah betol2 menegakkan pink.....
bekas tunang pink msg mcm2 kat abah
dia maki hamun abah
abah x berdiam lalu
abah buat perjanjian ingin buat perhitungan
namun dia x dtg seperti yg dijanji kan....


hari2 dia maki abah...
entah mcm mana satu hari pink tersedar dr kesilapan....

pink membuat keputusan untuk putus tunang abah dan emah org yg paling tersenyum lebar..
abah terus bawa pink pergi kedai tel untuk tukar no tel...
pergi balik kerja abah hantar dan ambil pink....


sejak itu pink bahagia dan mereka sangat memahami pink....


itulah kisah pink diwaktu dahulu...
kawan2 yg membaca tolong jadikan pengajaran...
ini kisah benar....

hidup kita x akan bahagia tanpa restu keluarga....
oleh itu hargailah ibu bapa kita... kerana merekalah sebenarnya hidup kita..
tanpa mereka kita x akan melihat dunia yg indah ini.....

0 ulasan: